PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan keyakinan bakal memperoleh sokongan dua pertiga daripada ahli Parlimen pada usul undi percaya dalam sidang khas yang akan berlangsung 19 November ini.
Memetik sumber Berita Harian, beliau berkata sudah mendapat komitmen daripada ketua parti politik yang menyokongnya ketika ini, menjelang sidang khas berkenaan selepas beliau sendiri yang mencadangkan usul berkenaan sebelum ini.
“Ketua-ketua parti, Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS), WARISAN dan beberapa parti lain sudah memberi komitmen dan insya-Allah kita dapat teruskan dengan baik…
“Minta saudari doakan yang sebaiknya,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu sidanh sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet, hari ini.






