KERAJAAN GRS-BN DI SABAH KEKAL STABIL

KERAJAAN GRS-BN DI SABAH KEKAL STABIL

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Gabungan kerajaan GRS-BN yang menjadi tonggak utama pembentukan kerajaan negeri Sabah kekal utuh.

Menurut penganalisis politik Cintanusa Resources, Baharuddin Palembang berkata kerajaan Sabah yang terbentuk melalui gabungan GRS-BN sebenarnya kekal utuh dan stabil.

Ketika ditanya mengenai desas-desus kononnya Kerajaan Negeri Sabah akan bertukar selepas Kerajaan Perpaduan di peringkat persekutuan terbentuk, Baharuddin berkata sepatutnya isu ini sama sekali tidak timbul memandangkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Barisan Nasional (BN) adalah sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan di peringkat persekutuan.

Perdana Menteri Malaysia yang ke-10 sendiri telah mengesahkannya, malahan MP GRS turut dilantik menganggotai kabinet persekutuan itu.

Perdana Menteri Malaysia Ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim…

Keputusan majoriti pimpinan BERSATU Sabah yang mengisytiharkan keluar BERSATU baru-baru ini juga adalah jelas satu signal (petanda) bahawa GRS termasuklah BN dan Pakatan Harapan (PH) kini berada dalam khemah di bawah Kerajaan Perpaduan.

“Kekuatan ukhuwah di antara pimpinan GRS dan BN juga adalah asas utama Kerajaan Negeri Sabah kini kekal utuh dan mustahil berlaku perubahan kerajaan seperti yang digembar gemburkan beberapa pihak baru-baru ini.”

Sebelum ini, sumber menyatakan Shafie Apdal adalah ‘DALANG’ kepada usaha menjatuhkan kerajaan GRS-BN yang terbentuk sejak 2020.

Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal…

Namun, usaha yang digerakkan oleh Shafie dikatakan menemui kegagalan.

Malahan wakil Parti Warisan turut tidak dilantik sebagai Menteri penuh di peringkat persekutuan, sebaliknya hanya Timbalan Menteri sahaja.

Dalam pada itu, Baharuddin ketika ditanya mengenai masa depan Parti Warisan di Sabah berkata Warisan bertanding di kesemua 25 kerusi Parlimen di Sabah, satu di Labuan, manakala 26 kerusi Parlimen lagi di Semenanjung yang mana akhirnya hanya 3 kerusi telah dimenangi oleh Parti Warisan pada PRU-15 baru-baru ini.

Keputusan Pilihan Raya Utama Ke-15 (PRU-15)…

Ini adalah pengesahan sebenar rakyat Sabah sebenarnya telah menolak sepenuhnya parti warisan.

Melihat kepada kekalahan Darell Leiking termasuk Azis Jamman, jangkaan masa depan Parti Warisan semakin malap di Sabah ada kebenarannya.

Darell Leiking dan Azis Jamman gagal mempertahankan kerusi Parlimen masing-masing pada PRU15 baru-baru ini…