Polis Jumpa Mercun Ketika Mencari Dadah

Polis Jumpa Mercun Ketika Mencari Dadah

0
SHARE

KUALA TERENGGANU – Polis Kemaman hari ini merampas mercun bernilai kira-kira RM30,000 ketika mengeledah sebuah bangsal di Kampung Gong Pauh awal pagi tadi.

Pada awalnya pihak polis mahu mencari dadah yang dikatakan disembunyikan di tempat tersebut, tetapi sebaliknya menemui bahan terlarang itu.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Supt Mohd Said Ibrahim berkata mercun itu dipercayai dalam milikan seorang penganggur berusia 34 tahun.

“Ia berupa 17 guni mercun bola dan 129 kotak mercun pelbagai jenis termasuk Happy Boom, Sakura Rose, Billion Time dan Yap 9138 138 Shots,” katanya.

Beliau percaya suspek aktif menjual mercun sejak setahun lalu dan rampasan itu merupakan yang terbesar di Kemaman setakat ini tahun ini.

Bagaimanapun dalam serbuan itu, polis turut menemui enam straw berisi enam biji pil kuda, katanya.

– Bernama