Polis Kenakan Kompaun Kepada 82 Pengunjung Pusat Hiburan Di Penampang

Polis Kenakan Kompaun Kepada 82 Pengunjung Pusat Hiburan Di Penampang

0
SHARE
Haris mengawal selia anggota beliau semasa serbuan kira-kira pukul 1 pagi...(KREDIT FOTO: Junaidi Ladjana)

PENAMPANG, SABAH – Seramai 82 pengunjung sebuah pusat hiburan di Jalan Penampang Baru dikompaun dengan nilai keseluruhan RM 123,000 selepas melanggar prosedur operasi standard (SOP) semalam.

Ketua Polis Daerah Penampang, DSP Mohd Haris Ibrahim berkata, serbuan kira-kira pukul 1 pagi itu dijalankan atas maklumat awam.

“Semasa serbuan dilakukan, muzik sedang dimainkan dan ramai pengunjung yang bersesak-sesak sedang berhibur…

“Pemeriksaan didapati pengunjung yang berada di dalam premis itu tidak mengamalkan penjarakan fizikal serta ada pengunjung tidak membuat imbasan kod MySejahtera,” katanya.

Polis Bahagian Siasatan Jenayah terus mengeluarkan kompaun sebanyak RM1,500 setiap seorang.

Haris (tengah) memeriksa seorang pengunjung pusat hiburan berkenaan…(KREDIT FOTO: Junaidi Ladjana)

Haris berkata pemilik premis berkenaan juga ditahan mengikut Seksyen 3 Public Entertainment Ordinance 1958.

“Pemilik premis berkenaan turut dikenakan kompaun sebanyak RM25,000,” tambahnya

Beliau menasihatkan orang ramai untuk mengunjungi ke premis-premis pusat hiburan yang beroperasi secara sembunyi dan melebihi had masa yang ditetapkan.

Katanya IPD Penampang tidak berdiam dan sentiasa menjalankan risikan dari semasa ke semasa bagi tujuan serbuan.

“Ia sejajar dengan usaha kerajaan menghentikan wabak COVID-19 di negara ini khususnya masyarakat daerah Penampang,” beliau berkata.