Polis Marin Berkas 2 Lelaki Disyaki Terlibat Aktiviti Bom Ikan

Polis Marin Berkas 2 Lelaki Disyaki Terlibat Aktiviti Bom Ikan

0
SHARE

SEMPORNA, SABAH – Dua lelaki diberkas Polis Marin di perairan Kampung Terusan, Pulau Bum Bum, sini selepas pemeriksaan ke atas bot pam mereka mendapati 70 kilogram hasil laut diperolehi dengan kaedah bom (bom ikan).

Insiden 4.30 petang kemarin itu berjaya dengan maklumat dari orang awam.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Semporna, DSP Mohammad Bin Ismail berkata dua saspek berbangsa Bajau Laut berasal dari Kampung Halo Semporna itu dalam lingkungan umur 30an.

“Suspek dan barang rampas dibawa ke Pangkalan Pasukan Polis Marin Semporna kerana melakukan kesalahan di bawah Seksyen 26(1)(c) Akta Perikanan 1985 iaitu memiliki ikan yang ditangkap menggunakan bahan letupan…

“Rampasan melibatkan dua unit Enjin Pam, 70 Kg ikan pelbagai jenis, dua gulung hose, satu Unit kompresor, satu gelen jerikin, dus Set fin, dua unit propeller shaft dan satu buah perahu berwarna biru,” katanya.

Jumlah Nilai Rampasan dianggarkan sebanyak RM8,170.00 19. Tangkapan dan rampasan seterusnya diserah kepada Jabatan Perikanan Semporna untuk siasatan lanjut.