Polis Menahan Dua Wanita Palsukan Borang Rentas Negeri

Polis Menahan Dua Wanita Palsukan Borang Rentas Negeri

0
SHARE
Gambar sekadar hiasan...

BENTONG, PAHANG – Polis menahan dua oramg wanita selepas didapati memalsukan borang rentas negeri di sekatan jalan raya (SJR) Plaza Tol Bentong di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, pegawai dan anggota yang bertugas di SJR terbabit menahan kenderaan dinaiki kedua wanita berkenaan masing-masing berusia 22 tahun pada 6.45 petang untuk pemeriksaan.

“Difahamkan, kedua-dua wanita terbabit dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuantan, Pahang…

“Ketika pemeriksaan dilakukan terhadap dokumen perjalanan rentas negeri mereka didapati borang berkenaan agak meragukan dan disyaki dipalsukan oleh mereka,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Zaiham berkata, siasatan awal mendapati cap dan tandatangan Ketua Polis Balai yang meluluskan permit terbabit disyaki dipalsukan dan dipercayai dibuat secara ‘scan’ selain tulisan turut dipinda.

Pemeriksaan ke atas telefon bimbit milik seorang daripada mereka mendapati ada salinan borang kosong rentas negeri.