KOTA KINABALU: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah bersama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) menjalankan Op Hazard di Sabah, menumpukan dua premis yang dipercayai menyimpan barangan lusuh dan sisa elektronik tanpa lesen.
Di Penampang, 8 tan bateri kereta dirampas manakala di Sandakan pelbagai e-waste termasuk bateri kereta, peralatan komputer dan mesin basuh turut disita.
Kedua-dua premis gagal mengemukakan dokumen sah untuk operasi perniagaan dan percukaian.
Kes diserahkan kepada JAS untuk tindakan lanjut di bawah peraturan alam sekitar dan Akta Cukai Pendapatan 1967.
Nilai rampasan dianggarkan RM720,998.
PPM Wilayah 4 Sabah menegaskan komitmen membanteras aktiviti haram yang mencemar alam sekitar dan menjejaskan hasil negara.






