Polis Sabah Tembak Mati 5 Ahli Kumpulan Pengganas Abu Sayyaf

Polis Sabah Tembak Mati 5 Ahli Kumpulan Pengganas Abu Sayyaf

0
SHARE

KOTA KINABALU polis lebih kurang pada pukul 11.27 pagi Isnin dalam insiden berbalas tembakan dengan pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sabah yang menjalankan operasi Ops Khas.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali berkata; “salah seorang daripada suspek itu adalah ‘sub leader’ kumpulan pengganas tersebut dikenali sebagai Mabar Binda, yang dinamakan dalam senarai dikehendaki oleh kerajaan Filipina.

Polis Sabah menembak mati kumpulan pengganas Abu Sayaf dikenali sebagai Mabar Binda (gambar) yang dinamakan dalam senarai dikehendaki oleh kerajaan Filipina dalam operasi khas di Beaufort…

“Tiga lagi suspek dikenali sebagai Abhirsham Samsula@Samseed, Jurakhdam Binda, Alsimar Sukarno, manakala seorang lagi belum dikenal pasti namanya, dan semuanya berusia antara 20-an hingga 40-an.”

Menurut Hazani, pihak polis telah melumpuhkan satu sel Abu Sayyaf yang bersembunyi di Sabah, dan yang telah melakukan ba’iah dengan kumpulan militan Daesh sussulan tertumpasnya lima anggota kumpulan ini.

“Polis juga mengesyaki masih lagi ada saki baki dan tali barut (kumpulan itu) yang bersembunyi di Malaysia khususnya di Sabah dan kita sedang menyiasat perkara ini,” katanya lagi ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, Kepayan di sini pada Selasa.

Tambah Hazani, beliau memaklumkan semua lima suspek yang ditembak mati itu adalah warga Filipina dan dalam kejadian itu polis turut menemui serta merampas dua pucuk pistol jenis semi auto colt.45, 20 butir peluru hidup, dua kelongsong peluru dan tiga bilah parang.

Katanya lagi, ketika kejadian itu, polis telah mengetuk pintu rumah di kawasan setinggan itu, bagaimanapun salah seorang suspek yang membuka pintu telah melepaskan tembakan dan suspek lain bersenjatakan pistol serta parang keluar menyerang anggota polis, sebelum ditembak mati.

“Dalam usaha mempertahankan diri dan menghentikan ancaman, pasukan polis terpaksa membalas tembakan. Serangan berjaya dihentikan dan hasil pemeriksaan mendapati terdapat lima lelaki ditumpaskan…

“Pemeriksaan lanjut mendapati, dua daripada suspek memegang pistol manakala tiga lagi bersenjatakan parang,” katanya pada sidang media tersebut.

Beliau turut memaklumkan Mabar sebelum ini bersama tiga suspek kejadian itu telah berjaya melarikan diri dalam serbuan pada 8 Mei lepas di kawasan sama, sebelum polis berjaya menahan lapan anggota kumpulan Abu Sayyaf bersama 29 warganegara Filipina, yang tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri.

“Salah seorang daripada lapan anggota Abu Sayyaf yang ditahan pada 8 Mei itu adalah abang kepada suspek (Mabar),…polis percaya mereka kembali ke kawasan paya bakau itu untuk mendapatkan bekalan makanan, selain menjadi tempat persembunyian kerana ia terlindung daripada kawasan orang ramai,” jelasnya.

Hazani berkata, hasil operasi gabungan PDRM dan EssCom ini berjaya melumpuhkan satu sel Abu Sayyaf yang bersembunyi di Sabah yang mempunyai kaitan atau baiah dengan kumpulan Daesh atau IS.

Katanya lagi, pihaknya mengesyaki masih ada saki-baki atau tali barut kepada kumpulan Abu Sayyaf ataupun pejuang Daesh yang bersembunyi di Malaysia, khususnya di Sabah.

“Kita percaya dengan kejayaan ini, kita berjaya menghapuskan Sel Abu Sayyaf di negeri ini dan PDRM Sabah akan terus meningkatkan risikan di seluruh negeri bagi mengesan saki-baki ataupun sel-sel dari negara jiran yang bersembunyi di sini,” katanya.

Dalam pada masa yang sama, Hazani berkata penduduk di sekitar Beaufort tidak perlu rasa risau mahupun bimbang mengenai tahap keselamatan mereka, berikutan operasi dijalankan serta kejadian tersebut, kerana kawasan kejadian jauh daripada kawasan orang ramai.