‘Saya Cuma Mahu Dipermudahkan Urusan’, Bella Tuntut Cerai Dengan Aliff

‘Saya Cuma Mahu Dipermudahkan Urusan’, Bella Tuntut Cerai Dengan Aliff

0
SHARE
Bella Astillah tuntut cerai dengan Aliff Aziz

KUALA LUMPUR: Pelakon dan juga penyanyi, Bella Astilah nekad berpisah dengan suaminya yang juga pelakon, iaitu Aliff Aziz selepas memfailkan penceraian itu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, hari ini.

Tindakan itu dibuat susulan kes Aliff ditahan oleh pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) bersama pelakon Ruhainies di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur atas kesalahan khalwat pada Sabtu minggu lalu. 

Bagaimanapun, sebutan pertama kes tersebut tidak dapat diteruskan kerana Aliff tidak muncul di mahkamah.

Justeru, peguam mewakili Bella, iaitu Azmi Mohd Rais berkata, sebutan semula kes berkenaan akan diadakan pada 4 April depan.

“Hari ini adalah tarikh bagi sebutan pertama untuk kes tuntutan cerai yang mana Bella telah memfailkan kes ini pada Isnin (11 Mac) secara ekspres.

“Kami dapat berita yang Aliff setuju, tetapi pada hari ini beliau memaklumkan yang dia ada shooting. Jadi saya mohon sebutan seterusnya pada 4 April,” katanya ketika ditemui media di sini, hari ini.

Sementara itu, Bella menjelaskan, penceraian itu merupakan jalan terbaik di antara konflik yang melanda rumah tangganya bersama Aliff.

“Bella rasa dengan memilih jalan masing-masing itu merupakan jalan terbaik bagi Bella dan juga Aliff.

“Saya cuma mahu dipermudahkan urusan. Lagi-lagi bulan Ramadan ini saya mahukan ia berjalan dengan lancar,” katanya.

Dalam pada itu, Bella turut berkata bahawa beliau nekad untuk meneruskan penceraian tersebut memandangkan sudah banyak peluang yang diberikan sebelum ini, namun disia-siakan.

“Saya nekad kerana banyak ruang dan peluang sudah diberikan. Bagaimanapun, Aliff tetap ayah kepada dua anak Bella.

“Tidak semestinya cinta itu masing-masing harus memiliki, kita dorakan daripada jauh,” ujar Bella.