PAPAR, SABAH – Seramai 18 lelaki termasuk dua warga asing di kalangan 20 hingga 50 tahun telah ditangkap atas kesalahan dadah.
Polis daerah juga merampas dadah jenis syabu seberat 8.38 gram dalam satu kerjasama melibatkan narkotik daerah dan IPK Sabah pagi Ahad lalu.
Ketua Polis Daerah Papar DSP Batholomew Umpit berkata suspek-suspek telah ditahan dan direman di lokap IPD Papar.
“Masing-masing atas kesalahan di bawah Seksyen 39A (1) ADB 1952, Seksyen 12(2) ADB 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952…
“Hasil ujian saringan awal polis dapati kesemua suspek positif dadah jenis Amp dan Meth,” katanya.