Polis Tahan Tujuh Orang Bergaduh Di Lahad Datu Gara-Gara Bekas Kekasih

Polis Tahan Tujuh Orang Bergaduh Di Lahad Datu Gara-Gara Bekas Kekasih

0
SHARE

LAHAD DATU, SABAH – Enam lelaki dan seorang wanita ditahan berhubung kes gaduh gara-gara dendam bekas kekasih di pasar malam Jalan Mawar, sini, selepas video kejadian tersebut pada 8 Okt tular di media sosial baru-baru ini.

Polis pada Selasa berkata mereka melancarkan Op Cantas untuk mengesan individu yang terlibat dalam pergaduhan itu…

Susulan operasi itu, tujuh individu berusia antara 19 dan 28 tahun telah dirampas.

“Mereka direman dari 10 Oktober hingga 13 Oktober di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah bagi membantu siasatan,” kata sumber Polis.

Siasatan mereka mendapati motif kejadian adalah membalas dendam berikutan pertengkaran antara pasangan kekasih.