KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah membuka permohonan sebagai pemerhati bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bermula hari ini.
Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak dalam satu kenyataan media memaklumkan permohonan sebagai pemerhati yang mewakili organisasi adalah tertakluk kepada beberapa syarat ditetapkan disamping memaklumkan tarikh tutup permohonan adalah pada 21 Oktober.
“Pemerhati dibenarkan untuk membuat pemerhatian bagi proses-proses pilihan raya seperti proses penamaan calon, berkempen, mengundi awal, proses mengundi dan pengiraan undi serta penjumlahan undi sehinggalah pengisytiharan keputusan pilihan raya…
“SPR mengingatkan mereka yang berminat untuk menyertai program ini supaya mengemukakan permohonan sebelum tarikh tutup permohonan,” katanya.