Sabah Electricity Tawar Rebat RM40 Sebulan Bagi Bil Elektrik Miskin Tegar

Sabah Electricity Tawar Rebat RM40 Sebulan Bagi Bil Elektrik Miskin Tegar

0
SHARE

KOTA KINABALU: Sabah Electricity (SE) menawarkan rebat RM40 sebulan kepada isi rumah miskin tegar bagi meringankan beban bil elektrik dan mengekalkan kesejahteraan rakyat.

Bantuan itu dikatakan membolehkan penerima menampung perbelanjaan harian seperti barangan dapur dan kos persekolahan anak-anak, selain memastikan bekalan elektrik terus dinikmati tanpa tekanan kewangan berlebihan.

SE dalam sebuah kenyataan berkata, program itu disasarkan kepada Ketua Isi Rumah yang disahkan miskin tegar berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2022 dan tersenarai dalam sistem eKasih.

“Rebat dikreditkan secara automatik ke dalam bil elektrik pengguna yang layak tanpa perlu membuat permohonan baharu.

“Langkah ini bertujuan menyalurkan bantuan secara terus dan efisien kepada golongan yang benar-benar memerlukan serta selaras dengan usaha memperkukuh jaringan keselamatan sosial,” tegasnya.

Pengguna berdaftar boleh menyemak kelayakan melalui laman sesawang rasmi syarikat, talian 15444 atau 088-51 5000, serta aplikasi Sabah Electricity.