PORTAL BERITA BAYARAN PARTI WARISAN SEMAKIN ‘GILA’ FITNAH KERAJAAN GRS, SKMM WAJAR...

PORTAL BERITA BAYARAN PARTI WARISAN SEMAKIN ‘GILA’ FITNAH KERAJAAN GRS, SKMM WAJAR BERTINDAK

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Salah satu tujuan teks berita ditulis dan diterjemahkan melalui saluran televisyen (tv), radio, akhbar termasuk portal berita adalah untuk menyampaikan berita kepada para penonton, pendengar termasuk pembaca tentang sesuatu kejadian dan peristiwa penting secara tepat dan berfakta.

Namun mutakhir ini, portal berita bayaran tajaan Parti Warisan Sabah telah merosakkan sistem ini dengan menjadikan portal berita sebagai alat untuk menabur FITNAH.

Menurut Gabungan NGO Bebas Suara (BEBAS); “Kita mengakui jentera termasuk pemimpin-pemimpin Parti Warisan Sabah kini semakin tertekan selepas hasrat mereka untuk melihat Kerajaan Persekutuan tumbang dan Datuk Seri Shafie Apdal berjaya diangkat menjadi Perdana Menteri Malaysia telah gagal.”

“Kami juga dapat melihat selepas Warisan kalah teruk pada PRN Sabah yang lalu, mereka seolah-olah mengalami masalah kemurungan dan tekanan mental yang semakin serius…

“Tetapi gerak kerja memfitnah Kerajaan GRS bukan jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka.

“Sebagai contoh portal berita bayaran Parti Warisan dengan nama ‘Ini Sabah Bah’ telah menerbitkan berita fitnah dengan tajuk – ‘Kluster KK Skybridge’ Mengundang Kemarahan Rakyat Sabah.”

Portal berita bayaran Parti Warisan dengan nama ‘Ini Sabah Bah’ telah menerbitkan berita fitnah dengan tajuk – ‘Kluster KK Skybridge’ Mengundang Kemarahan Rakyat Sabah’…

 

Daripada maklumat rasmi yang diterima, ‘Kluster KK Skybridge’ yang dilaporkan oleh portal berita ini tidak benar malahan ianya satu BERITA PALSU.

Sebelum ini pada 03 September lalu, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Hajiji Hj Noor telah merasmikan ‘Projek Sky Bridge’ untuk pejalan kaki lengkap dengan penghawa dingin yang menghubungkan bangunan Oceanus, Api-Api Centre dan Asia City yang berukuran 400 meter dan bernilai RM31.5 juta.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor diberikan taklimat ringkas oleh Puan Noorliza di atas Sky Bridge pada 03 September lalu merasmikan ‘Projek Sky Bridge Kota Kinabalu’…

BEBAS berkata lagi, KKM telah menetapkan nama kluster dipilih berdasarkan nama bangunan, taman atau jalan tempat kediaman atau tempat kerja kes indeks. Kemudian mereka yang dijangkiti pula melebihi angka 10 hingga 15 orang ke atas.

Malangnya sehingga kini daripada maklumat rasmi yang diterima tidak ada satu pun yang menghadiri majlis perasmian jambatan tersebut telah dijangkiti COVID-19.

Malahan tuduhan portal tersebut kononnya rakyat Sabah marah juga jelas satu pembohongan besar.

“Anggaran rakyat Sabah ketika ini berjumlah 3.91 juta orang, dari mana sumber portal ini memperolehi bancian menyatakan rakyat Sabah marah…

“Sebaliknya fakta yang betul adalah majoriti warganet (netizen) rakyat Sabah amat marah kepada Shafie Apdal selepas membuat lawatan ke Keningau,” jelas BEBAS.

Peniaga buah-buahan di Keningau Sabah mengesahkan Shafie Apdal singgah membeli buah sekaligus membangkitkan kemarahan warganet…

Pada 02 Ogos lalu, Shafie telah menghadiri perhimpunan haram di Dataran Merdeka Kuala Lumpur bersama puluhan MP Pembangkang tanpa penjarakkan fizikal selepas MP Pembangkang dihalang untuk memasuki bangunan Parlimen.

Tanpa penjarakkan fizikal Shafie Apdal bersama MP pembangkang menghadiri perhimpunan haram di Dataran Merdeka Kuala Lumpur selepas dihalang ke bangunan Parlimen pada 02 Ogos 2021…(Foto ihsan BH Online)

Shafie juga kelihatan berucap pada perhimpunan bersama MP Pembangkang di Dataran Merdeka Kuala Lumpur itu…

Ironinya, keesokkan harinya pada 03 Ogos 2021 Shafie telah balik ke Sabah dan disambut pula sebilangan besar pemimpin Parti Warisan Sabah.

YB Junz Wong mengesahkan Shafie Apdal ke Sabah pada 03 Ogos 2021 hanya sehari selepas mengikuti perhimpunan haram di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur…

Tanpa menjalani kuarantin kendiri (self-quarantine) walaupun telah menghadiri perhimpunan pada 02 Ogos 2021 lalu, Shafie dilihat telah membuat lawatan ke Keningau pada 07 Ogos 2021 sekaligus menyebabkan warganet mempersoalkan kenapa Shafie dibenarkan berjalan tanpa melalui proses kuarantin.

Shafie ke Keningau pada 07 Ogos lalu, foto telah dimuat naik oleh peniaga buah tersebut…
Warganet turut mengecam Shafie apabila melawat ke tempat mangsa tragedi MYVI baru-baru ini yang mana akhirnya menyusahkan pasukan Bomba yang terpaksa membawa Shafie turun dari tempat kejadian…

“Kebenaran masuk ke Sabah tanpa kuarantin untuk mereka yang telah mengambil 2 dos hanya diluluskan pada bulan September, yang peliknya kenapa Shafie dibenarkan jalan ke sana ke sini tanpa melalui proses kuarantin…

Penguatkuasaan SOP bagi individu yang telah mengambil 2 dos vaksin atau lengkap vaksinasi ke Sabah dan tidak perlu menjalani kurantin berkuatkuasa pada bulan September…

“Orang awam yang terdiri dari rakyat Sabah sebelum arahan 2 dos dibenarkan terpaksa menjalani kurantin wajib 14 hari tetapi Shafie Apdal dikecualikan walaupun Shafie amat berisiko mencetuskan kluster baharu selepas menghadiri perhimpunan haram di Dataran Merdeka,” BEBAS berkata lagi.

Berikut adalah luahan warganet kenapa Shafie Apdal yang tidak dikenakan kuarantin kendiri (self-quarantine) ke Sabah walaupun selepas menghadiri bersama MP Pembangkang di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur baru-baru ini;