KOTA KINABALU, SABAH – Fitnah dah Parti Warisan Sabah seolah-olah semakin sukar untuk dipisahkan.
Menurut Gerakan Anti Shafie Apdal (GASA) kenyataan putar belit terkini oleh portal berita murahan tajaan Parti Warisan iaitu IniSabahBah yang mempertikaikan kenapa Kerajaan Negeri Sabah menyerahkan geran kepada Kerajaan Persekutuan bagi tujuan pembangunan infrastruktur jelas menunjukkan Parti Warisan semakin kekurangan modal untuk menyerang Kerajaan Negeri Sabah ketika ini.

Portal berita Inisabahbah dalam kenyataan putar belitnya bertarikh 18 Feb menyatakan penyerahan tanah bagi tujuan Infrastruktur tersebut menimbulkan persoalan apa sebabnya agensi-agensi di Kuala Lumpur diutamakan daripada penduduk kampung di Sabah.
Keadaan ini juga menampakkan perbezaan jauh di antara beliau dengan bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Shafie Apdal yang terkenal dengan usahanya membantu orang kampung bagi mendapatkan geran tanah.
“Soal kami kepada Shafie Apdal termasuk pimpinan Parti Warisan dan editor portal murahan IniSabahBah, mana satu yang lebih baik, penyerahan geran bagi tujuan pembangunan infrastruktur untuk pembinaan sekolah, balai polis, balai bomba termasuk hospital untuk manfaat anak-anak Sabah yang mana ini jelas termaktub dalam perlembagaan Persekutuan ataupun pemberian pulau kepada ‘PATI’ yang datang dari selatan Filipina?.
“Pimpinan Parti Warisan termasuk IniSabahBah jangan buat-buat lupa bahawa Shafie pernah mencadangkan agar PATI dari selatan Filipina sepatutnya diberikan pulau di Sabah kononnya atas keprihatinan Kerajaan Negeri di bawah era Parti Warisan.

“Kami cukup yakin kalau Parti Warisan masih lagi jadi parti pemerintah di Sabah, pemberian pulau dan dokumen khas untuk rakyat selatan Filipina berkemungkinan akan tetap diteruskan,” jelas GASA.
Selaras dengan Perkara 83 Perlembagaan Persekutuan, pemberian tanah kepada agensi Persekutuan sudah menjadi amalan biasa sejak dari dahulu lagi bagi maksud pembinaan sekolah, hospital, balai polis, balai bomba serta kemudahan lainnya.

Datuk Seri Panglima Hj Hajiji Haji Noor, Ketua Menteri Sabah pada 18 Feb (kelmarin) telah menyerahkan 177 GERAN TANAH kepada agensi Kerajaan Persekutuan iaitu 90 GERAN kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, 42 GERAN kepada Kementerian Kesihatan, 28 GERAN kepada Kementerian Pengangkutan dan 17 GERAN lagi kepada pelbagai agensi.
Penyerahan geran ini dilaksanakan bagi tujuan kemudahan infrastruktur rakyat di Sabah yang mana melibatkan pembangunan bangunan sekolah, hospital, Kastam, Balai Polis, Balai Bomba dan pelbagai kemudahan lagi untuk kegunaan rakyat di negeri ini.