Lelaki China Lemas Di Pulau Sapi Ketika Melancong Bersama Isteri

Lelaki China Lemas Di Pulau Sapi Ketika Melancong Bersama Isteri

0
SHARE
Bomba
Tangkap layar video usaha CPR keatas mangsa yang viral semalam

KOTA KINABALU, SABAH – Isteri seorang lelaki China yang mati lemas ketika mandi laut di Pulau Sapi hanya mampu melihat usaha menyelamat pada Jumaat.

Mangsa, Zhou Chunguang, 51, disahkan meninggal dunia di Jesselton Point oleh paramedik Hosputal Queen Elizabateh 1 pada jam 1.55 tengah hari.

Ketua Polis Daerah ACP Mohd Zaidi Abdullah berkata mayat mangsa ditemui oleh pelancong lain di kawasan pantai.

“Mangsa bersama isteri menaiki bot ke Pulau Sapi kira-kira jam 10 pagi. Mangsa kemudian pergi berenang kira-kira jam 12.45 tengah hari manakala isteri mangsa tinggal di pantai.

“Tiga puluh minit kemudian, mangsa ditemui lemas oleh dua lagi pelancong sebelum meminta bantuan pekerja pulau,” katanya.

Mohd Zaidi bantuan pernafasan CPR telah diberikan kepada mangsa selama lima minit di kawasan pantai namun tidak berjaya.

Katanya, mangsa dikejarkan ke Hospital dengan menaiki bot pelancong melalui Jesselton Point.

“Mayat mangsa dibawa ke hospital untuk tindakan lanjut manakala kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.