Program Rumah Burung Walet Komuniti B40 Bantu Tingkatkan Pendapatan Golongan B40 Di...

Program Rumah Burung Walet Komuniti B40 Bantu Tingkatkan Pendapatan Golongan B40 Di Sabah

0
SHARE

TELUPID, SABAH — Seramai 20 peserta telah terpilih menyertai Program Rumah Burung Walet Komuniti B40 yang merupakan projek perintis Syarikat Beho Birdnest sebagai peneraju dalam membantu meningkatkan pendapatan golongan B40 di Sabah.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee menggalakkan kerjasama strategik antara Kerajaan dan pihak swasta untuk meningkatkan taraf kehidupan komuniti B40 pada Majlis Perasmian Rumah Burung Walet Komuniti B40 di Kampung Lumou, Telupid kelmarin.

Syarikat Beho Birdnest merupakan antara pengusaha SBW yang bergiat aktif di Malaysia dan mempunyai loji berdaftar dengan pihak GeneralAdministration of Customs of People’s Republic of China (GACC) yang telah diberi kelulusan untuk mengeksport sarang burung walet bersih (EBN-RC) dan sarang burung walet belum bersih (EBNRUC) ke negara tersebut.

Dr Ronald berkata industri ini berpotensi tinggi sebagai antara penyumbang kepada ekonomi negara berdasarkan nilai eksportnya sebanyak 5,905 tan metrik dengan nilai RMI.8 bilion bagi tahun 2021, kenaikan lebih RM400 juta berbanding tahun 2020, dengan nilai RMI .385 bilion.

“Sehingga tahun 2021, sebanyak 13,635 premis rumah burung walet telah berdaftar dengan Jabataan Perkhidmatan Veterinar (DVS) dan 25% daripadanya (3,413) adalah di Sabah, sementara 2,143 rumah burung walet telah mendapat Persijilan MyGAP di mana 373 daripadanya di Sabah.

Dr Akma Binti Ngah Hamid, Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Perkhidmatan Veterinar yang turut bersama di majlis berkata, DVS telah mewujudkan satu Program Sistem Pendaftaran Premis Walet yang dikenali sebagai METS (Malaysian EBN Traceability System) bagi mengukuhkan sistem daya jejak yang mana menjadi salah satu syarat dalam pengeksportan sarang burung walet (SBW) Malaysia ke China.

“Faedah pelaksanaan program ini kepada pengusaha walet antaranya, hasilan sarang burung walet dari premis yang berdaftar dan mempunyai ID premis mendapat permintaan yang lebih tinggi,” kata Dr Akma.

Setakat ini, 44 loji pemprosesan sarang burung walet telah mendapat pensijilan Veterinary Health Certificate Malaysia (VHM). Manakala, 42 loji pemprosesan sarang burung walet mendapat pensijilan Good Veterinary Hygiene Practice (GVHP).

Negara pengimport ułama SBW dari Malaysia adalah China yang mengimport 80% daripada jumlah keseluruhan eksport SBW Malaysia. Sehingga tahun 2021, sebanyak 41 loji SBW di Malaysia telah diluluskan oleh GACC iaitu 38 loji sarang burung walet bersih (EBN-RC) dan 3 loji sarang walet belum bersih (EBN-RUC).

MAFI akan terus menggalakkan pengeksportan produk-produk SBW ke luar negara bagi meningkatkan nilai eksport produk dan daya saing industri ini secara keseluruhannya.

MAFI menerusi DVS juga akan sentiasa menjalin kerjasama strategik serta perkongsian teknologi dan maklumat pemasaran bersama pemain-pemain industri dalam memastikan operasi sektor burung walet tidak mengalami sebarang gangguan bagi menjamin kelangsungan pengoperasian industri ini.

Turut hadir bersama, YBrs. Dr Jamaun Angkap, Timbalan Pengarah DVS Sabah dan YBrs. Tuan Roger Applonius, Pegawi Daerah Beluran.