KUALA LUMPUR – Semua pilihan raya termasuk Pilihan Raya Umum (PRU), Pilihan Raya Negeri (PRN) serta Pilihan Raya Kecil (PRK) tidak akan diadakan dalam tempoh darurat berkuat kuasa, demikian menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin menerusi Pengumuman Khas Darurat jam 11 pagi hari ini, menerusi siaran langsung di stesen televisyen RTM, Bernama TV, Astro Awani dan TV3.
Beliau turut berkata Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) juga tidak akan bersidang.
Tambah beliau, satu JAWATANKUASA BEBAS akan ditubuhkan menerusi kuasa Ordinan yang akan dimasyhurkan oleh Yang di-Pertuan Agong bagi meneliti keperluan dan masa sesuai untuk diadakan PRU.

“PRU diadakan sebaik saja jawatankuasa bebas ini memperakui wabak sudah reda dan PRU selamat untuk diadakan…
“Masa itu terpulang kepada rakyat, pilihlah kerajaan yang layak dan boleh menjaga rakyat sekalian. Ini aku janji yang akan saya tunaikan,” katanya lagi.