Pengisytiharan Darurat Bukan Rampasan Kuasa Tentera Atau Pelaksanaan Perintah Berkurung – PM

Pengisytiharan Darurat Bukan Rampasan Kuasa Tentera Atau Pelaksanaan Perintah Berkurung – PM

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa pengisytiharan darurat di negara ini tidak akan membabitkan sebarang bentuk rampasan kuasa tentera atau pelaksanaan perintah berkurung.

Perdana Menteri ketika menegaskan perkara itu sebaliknya memberi jaminan urusan pentadbiran Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri akan terus berfungsi seperti biasa.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berucap menerusi Pengumuman Khas Darurat jam 11 pagi hari ini, menerusi siaran langsung di stesen televisyen RTM, Bernama TV, Astro Awani dan TV3…

“Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, majlis kerajaan negeri akan terus berfungsi ikut Perlembagaan Persekutuan…

“Malah saya beri jaminan jentera perkhidmatan serta pentadbiran awam, kerajaan negeri tidak akan terganggu dengan pengisytiharan darurat ini,” kata beliau menerusi Pengumuman Khas Darurat jam 11 pagi hari ini, menerusi siaran langsung di stesen televisyen RTM, Bernama TV, Astro Awani dan TV3.