QATAR MENYATAKAN HASRAT UNTUK MELABUR DI SABAH

QATAR MENYATAKAN HASRAT UNTUK MELABUR DI SABAH

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Qatar berminat untuk meneroka potensi pelaburan Sabah dan bidang kerjasama lain termasuk minyak dan gas, pertanian dan pelancongan.

Duta Besar Qatar ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Fahad Mohammed Kafoud, memberitahu Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor pada kunjungan hormatnya di sini, hari ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerima kunjungan hormat Duta Qatar ke Malaysia, TYT Fahad Mohammed Kafoud…

Fahad berkata beliau akan menganjurkan suatu delegasi perdagangan ke Sabah untuk tujuan ini.

Hajiji dan Fahad bercakap panjang lebar mengenai pelbagai isu dan cara Sabah dan Qatar boleh bekerjasama.