Qhazanah Sabah Berhad Terima Dividen RM4.681 Juta Daripada Angkatan Hebat

Qhazanah Sabah Berhad Terima Dividen RM4.681 Juta Daripada Angkatan Hebat

0
SHARE
Yusof
Dr Yusof (kanan) menerima replika cek dividen RM4.681 juta daripada Abdul Rahim yang disaksikan Hajiji

KOTA KINABALU, SABAH – Qhazanah Sabah Berhad (QSB) menerima replika cek dividen berjumlah RM4.681 juta daripada Angkatan Hebat pada Rabu.

Majlis penyampaian di Menara Kinabalu itu disaksikan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.

Pengerusi QSB Datuk Dr Yusof Yacob menerima replika cek tersebut daripada Pengerusi Angkatan Hebat Datuk Abdul Rahim Ismail.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Safar Untong, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan QSB Ahmad Rizal Dahli, Timbalannya Rudy Jaglul CEO Kumpulan Angkatan Hebat Faez Ainstein Nordin dan pengurusan dan ahli lembaga pengarah Angkatan Hebat.