LONDON – Manchester United bakal melantik Bekas pengurus RB Leipzig, Ralf Rangnick sebagai pengurus interim selepas dia dilaporkan capai kesepakatan dengan United baru-baru ini.
Untuk rekod, ini bukanlah kali pertama Ranganick berunding telahsudah berbincang dengan Ed Woodward. Namun dua rundingan itu Rangnick gagal.
Kerana yang PERTAMA, Manchester United memilih Louis Van Gaal sebagai pengurus. Dan rundingan KEDUA, dia kalah kepada Jose Mourinho.
Memetik kenyataan David Ornstein dari The Athletic, pengurus berusia 63 tahun itu bersetuju dengan tawaran kelab ‘The Red Devils’ itu untuk menggantikan Ole Gunnar Solskjaer sebagai interim sahaja buat masa ini.

“Manchester United telah mencapai persetujuan dengan Rangnick sebagai jurulatih sementara,” lapor The Athletic.
Rangnick sebelum ini sudah berunding dengan Manchester United untuk menggantikan Ole, namun rundingan gagal kerana dia tidak mendapat jaminan dalam beberapa perkara termasuk beberapa kuasa dan konsultansi di masa akan datang.

Seterusnya United datang dengan tawaran kedua dan bersetuju dengan beberapa syarat diminta Rangnick. Ini selepas United kesulitan mendapatkan pengurus interim yang lain atas pelbagai alasan.
Mauricio Pochettino menyatakan dia tak berminat dengan jawatan interim sahaja. Namun United menetapkan pendirian bahawa mereka tetap mahukan pengurus interim untuk mengharungi baki musim ini.
Namun begitu, Rangnick masih perlu melepaskan jawatannya di Lokomotiv Moscow dan kelab itu masih perlu mencapai kesepakatan penamatan kontrak.
Ini kerana Rangnick bekerja di Lokomotiv Moscow sebagai pengarah sukan dan pembangunan kelab.
Rangnick berkemungkinan besar tidak dapat mengendalikan United ketika berkunjung ke Chelsea pada hujung minggu ini kerana ada beberapa perkara lagi yang perlu diselesaikan termasuk isu permit kerja.

Sebelum ini Ragnick pernah bekerja dengan RB Salzburg dan RB Leipzig. Dan berjaya membangunkan ramai bakat muda berbakat besar termasuk Erling Haaland, Timo Werner, Sadio Mane, Naby Keita, Dayot Upamecano dan juga ramai lagi.
Beliau menjadi individu penting dalam pembangunan bakat dan DNA taktikal di kelab kelab tersebut.





