Ramai Jemaah Haji Dari India Terpaksa Berjalan Kaki Lebih 40km Dalam Cuaca...

Ramai Jemaah Haji Dari India Terpaksa Berjalan Kaki Lebih 40km Dalam Cuaca Terik

0
SHARE
Jemaah haji bersolat sambil perenjis air menyejukkan mereka semasa menunaikan haji tahun ini...(Sumber Times Of India)

HYDERABAD – Dengan bas yang terhad, ramai jemaah haji dari Hyderabad, India berkata mereka terpaksa berjalan kaki sejauh lebih 40km dengan suhu mencecah 52 darjah Celsius.

Memetik Times Of India, seorang penduduk Hyderabad Md Fareed memberitahu melalui panggilan telefon bahawa ramai jemaah haji mengalami lepuh kaki, suhu badan tinggi, malah ada yang pengsan di tengah perjalanan kerana cuaca panas terik.

“Kekurangan bas hanya menambahkan lagi masalah. Kami berjalan lebih dari 7.5 km untuk sampai ke Arafah dari Mina…

“Saya mengalami lepuh pada kaki dan isteri saya pengsan ketika kami berjalan lebih 40km semasa menunaikan haji,” kata Fareed.

Penduduk Musheerabad itu antara 300 yang telah selesai menunaikan haji dan sedang menunggu untuk menaiki penerbangan pulang ke negara asal mereka pada hujung minggu ini.

Ramai jemaah dari Telangana berkata mereka terpaksa menunggu selama 8 hingga 10 jam untuk bas tiba.

“Masalah utama adalah dengan pengangkutan. Ratusan jemaah haji dari bandar terpaksa menunggu berjam-jam untuk mendapatkan bas…

“Ramai yang pengsan semasa menunggu,” kata salah seorang daripada 41 khadim, yang mengembara dari Hyderabad untuk menunaikan Haji.

Dia juga mendakwa mereka terpaksa berjalan berjam-jam tanpa makanan dan air.

“Akibatnya, ramai jemaah haji terutama mereka yang menghidap kencing manis dan mempunyai masalah tekanan darah, menderita ketika menunaikan haji,” katanya.