Remaja Maut Selepas Lemas Ketika Mandi Sungai

Remaja Maut Selepas Lemas Ketika Mandi Sungai

0
SHARE
Foto: Ihsan JBPM Sabah

KENINGAU: Seorang remaja lelaki ditemui maut selepas dipercayai lemas ketika mandi sungai bersama rakan-rakannya di Kampung Panagatan, Keningau petang kelmarin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau, Sharudy Delamin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 5.50 petang.

“Pusat Gerakan Operasi (PGO) Sabah terima panggilan melalui sistem MERS999 terdapat seorang mangsa remaja lelaki dikhuatiri lemas di sungai. 

“Menurut maklumat saksi, mangsa Aloysius Alfred, 13 tahun sedang menjalankan aktiviti mandi-manda bersama rakan-rakannya.

“Mangsa kemudian dijumpai oleh orang awam pada jam 9.50 malam yang berada di 520 meter di lokasi mangsa dilaporkan kali terakhir dilihat,” katanya dalam satu kenyataan media di sini semalam.

Mangsa disahkan meninggal dunia dan kemudian diserahkan kepada pihak PDRM untuk tindakan lanjut.

Terdahulu, dilaporkan mangsa bersama lima lagi rakannya telah melakukan aktiviti mandi-mandi bersama dan beberapa rakan lain turut dilaporkan lemas, namun sempat diselamatkan.