Status Cuaca Panas di Sabah Berada Pada Tahap 1 ‘Berjaga-jaga’

Status Cuaca Panas di Sabah Berada Pada Tahap 1 ‘Berjaga-jaga’

0
SHARE
Foto: Ihsan MET Malaysia

KOTA KINABALU: Status cuaca panas di Sabah khususnya di daerah Beaufort berada pada tahap satu, iaitu tahap berjaga-jaga.

Menurut laporan dari Jabatan Metreologi Malaysia (MET Malaysia), tahap berjaga-jaga itu adalah suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut. 

“Manakala, status cuaca panas tahap gelombang haba adalah suhu maksimum harian 37 hingga 40 darjah celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

“Terdapat satu kawasan di Semenanjung berada pada tahap dua ‘Tahap Gelombang Haba’, iaitu di Pokok Sena, Kedah,” katanya menerusi satu kenyataan media di sini, hari ini.

Sementara itu, terdapat 14 lagi kawasan di Semenanjung yang status cuaca panas berada pada tahap satu.

“Termasuklah, Perlis, Pulau Langkawi, Padang Terap, Sik, Baling, Kubang Pasu, Kota Setar, Pendang di Kedah, Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, Timur Laut dan Barat daya Pulau Pinang, Kuala Kangsar di Perak dan Sepang di Selangor,” katanya.