SANDAKAN, SABAH – Seorang lelaki berusia 14 tahun melecur di seluruh badan akibat terkena percikan api daripada sebuah pencawang elektrik berhampiran Borneo Golf Hotel di Kampung Forest sini pada Rabu.
Sepasukan enam anggota Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan digerakkan dalam kejadian kira-kira pukul 1 tengah hari itu.
Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah, mangsa, hanya dikenali sebagai Mustakim, melecur di bahagian muka, badan, tangan dan kaki.
“Mangsa diberi rawatan awal oleh pasukan EMRS dan seterusnya di hantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.
“Operasi terkawal pada jam 1.31 petang dan ditamatkan 10 minit kemudian,” katanya.
Menurutnya, sepasukan dari Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) turut berada di lokasi kejadian.