Robert Tawik Terima Kunjungan Hormat Daripada Telekom Malaysia

Robert Tawik Terima Kunjungan Hormat Daripada Telekom Malaysia

0
SHARE
Arif (kedua kanan) menyampaikan cenderamata kepada Robert...

KOTA KINABALU, SABAH – Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik menerima kunjungan hormat daripada Telekom Malaysia Cawangan Sabah di Pejabatnya di sini, hari ini.

Rombongan kunjungan tersebut diketuai oleh Penolong Pengurus Besar Regulatory And Engagement, Arif Lakura.

Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN Bingkor yang berkata kunjungan seumpama ini amat beliau alu-alukan.

Katanya, selain bersuai kenal, ia membolehkan pihak kerajaan dan agensi kerajaan mahupun sektor swasta berkerjasama dalam membangunkan negeri ini.

Selain itu katanya, kunjungan hormat seumpama ini juga menjadi ruang kedua-dua pihak bertukar-tukar pendapat dan berkongsi idea untuk manfaat bersama.

Turut serta Penolong Pengurus Besar Regulatory And Engagement, Jamil Jamal; Penolong Pengurus Besar Network, Tadad Tasir dan Penolong Pengurus Regulatory And Engagement, Angeline Kwan.