PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah membuat ketetapan tarikh 19 November sebagai hari pengundian Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU) – 15.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh sementara itu menjelaskan hari penamaan calon telah ditetapkan pada 5 November manakala hari pengundian awal pula jatuh pada 15 November ini.
Dalam satu sidang media yang diadakan bertempat di Menara SPR ini, Abdul Ghani turut menyatakan SPR akan menggunakan daftar pemilih terkini hingga daftar pemilih tambahan Ogos 2022 yang dikemaskini pada 9 Oktober 2022.
Menurutnya, semua calon dan parti politik bertanding telah diperuntukkan tempoh 14 hari untuk berkempen bermula pada 5 November ini…
Sementara itu, bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Pahang, Perakdan Perlis serta Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN N66 Bugaya di Sabah telah ditetapkan untuk diadakan pada 19 November.