JOHOR – Seorang remaja lelaki maut, apabila beliau tertusuk pisau yang dibaling kakaknya akibat bergaduh dalam satu kejadian di Ulu Pulai Ulu Choh, kelmarin.
Difahamkan insiden itu tercetus ketika mangsa yang berusia 16 tahun dan kakanya 18 tahun bergaduh tempat duduk dalam kereta semasa pulang dari sekolah.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 2.15 petang.
“Ibu mangsa mengatakan pada awalnya mangsa bergaduh dengan kakaknya disebabkan berebut tempat duduk dalam kereta semasa balik sekolah…
“Suspek mengaku telah baling pisau ke arah mangsa setelah diejek ketika masuk ke dalam rumah,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Menurut Rahmat, mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 2.30 petang dan bedah siasat akan dilakukan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru pada Khamis.
“Suspek telah ditangkap dan perintah reman akan dipohon pada Khamis. Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.