
KOTA KINABALU, SABAH – Superintendan Rosdi Mat Jusoh dilantik Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Sabah menggantikan Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Nin Mohd Isa.
Rosdi merupakan Bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu manakala Zamzuri telah memegang jawatan sebelumnya selama lima tahun.
Zamzuri mula bertugas sebagai Ketua Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) di Perak bermula pada 28 Disember 2022 lalu.
Majlis serah terima tugas itu disaksikan Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun di Auditorium, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, di sini, pagi tadi.
Jauteh berkata rekod perkhidmatan 23 tahun Rosdi menunjukkan kebanyakkannya berada dalam Jabatan Siasatan Jenayah.