CHARLESTON – Seekor kucing mati selepas melakukan pembedahan mengeluarkan gelung getah dalam perut.
Perkara ini terdedah selepas Pegawai Persatuan Haiwan Charleston baru-baru ini menerima kehadiran tiga ekor kucing terbiar di pusat mereka.
Menurut mereka, tiga ekor kucing itu dihantar oleh orang awam ke premis tersebut setelah menemui mereka ditinggalkan di luar rumah selepas pemiliknya berpindah ke luar negara.
Penjaga mendapati salah seekor kucing tersebut, Juliet kelihatan lesu dan tidak makan selepas beberapa minggu. Hasil ujian radiograf mendapati ia mengalami sekatan luar biasa di perutnya.
Pasukan doktor yang melakukan pembedahan ke atasnya menemui gumpalan tali di dalam perut Juliet.
Rupa-rupanya gumpalan tali itu ialah 38 gelung getah rambut yang menghalang Juliet daripada makan dan memproses makanan.
Biarpun gumpulan itu berjaya dikeluarkan, Juliet dilaporkan mati selang tidak lama selepas pembedahannya.





