Ruslan Dilantik Bapa Angkat PPK Beaufort

Ruslan Dilantik Bapa Angkat PPK Beaufort

0
SHARE

KOTA KINABALU: Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Beaufort melantik Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, Datuk Ruslan Muharam sebagai Bapa Angkat organisasi itu.

Pengerusinya, Datuk Mohd Nazri Abdullah berkata, pelantikan tersebut diumumkan dalam Mesyuarat Ahli Jemaah Pengarah (AJP) di sini hari ini.

Menurutnya, langkah itu diyakini dapat mengukuhkan hubungan strategik antara PPK Beaufort dan kerajaan negeri, khususnya dalam sektor pertanian serta keterjaminan makanan.

PPK Beaufort amat menghargai kesediaan Datuk Ruslan untuk membantu memperkukuh pembangunan sektor peladang dan pertanian di Beaufort,” katanya.

Beliau berkata, pengalaman dan komitmen Ruslan mampu memperkasa peranan PPK dalam meningkatkan produktiviti serta pendapatan peladang.

Mohd Nazri yang juga Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri Sabah (PPNS) menyifatkan pelantikan itu sebagai simbol sokongan kerajaan terhadap komuniti peladang.

Mesyuarat turut membincangkan usaha pengukuhan organisasi, pembangunan ekonomi peladang dan perancangan program masa depan.