KOTA KINABALU, SABAH – Kenaikan jumlah kes tinggi di daerah Kota Marudu (+28), Beaufort (+30) dan Kudat (+15) menjadikan jumlah keseluruhan kes baharu COVID-19 Sabah sebanyak 569 KES hari ini.
Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata ia merupakan penambahan 15 kes daripada angka kumulatif kelmarin.
“Kes yang diperolehi melalui saringan bergejala kekal tinggi, iaitu 36 peratus (36.9%) daripada jumlah keseluruhan…
“Ia berlaku dalam peratusan yang tinggi di daerah seperti Kota Kinabalu, Keningau, Tawau, Sandakan dan Beaufort,” katanya sambil menambah kes sporadik sering dikaitkan dengan kegagalan mematuhi prosedur operasi (SOP).
Daerah Kalabakan terus mencatatkan sifar (0) kes manakala Tongod tidak lagi mencatat angka yang sama dengan dua (2) kes baharu direkod hari ini.
Namun jumlah pesakit dalam kategori serius yang memerlukan rawatan di hospital kekal rendah.
“Hari ini cuma ada dua (2) orang pesakit masing-masing dalam Kategori 3 dan 5 dan empat (4) pesakit dalam Kategori 4…
“Sejumlah 580 orang (atau 97%) pesakit daripada 569 kes hari ini adalah dalam Kategori 1 (70) dan Kategori 2 (480). Jabatan Kesihatan masih membuat siasatan lanjut keatas 11 kes,” tambah beliau.
Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (06 Nov) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):
Kota Kinabalu – 58 (76)
Ranau – 53 (58)
Kota Belud – 53 (59)
Kota Marudu – 52 (24)
Beaufort – 47 (17)
Tuaran – 42 (47)
Penampang – 32 (32)
Kudat – 30 (15)
Pitas – 27 (18)
Tambunan – 25 (32)
Telupid – 21 (5)
Keningau – 19 (15)
Tawau – 19 (13)
Lahad Datu – 18 (13)
Tenom – 18 (19)
Putatan – 15 (21)
Papar – 10 (27)
Sandakan – 9 (6)
Kinabatangan – 4 (18)
Sipitang – 4 (9)
Kuala Penyu – 3 (8)
Beluran – 3 (13)
Nabawan – 3 (3)
Tongod – 2 (0)
Semporna – 1 (3)
Kunak – 1 (3)
Kalabakan – 0 (0)





