KOTA KINABALU, SABAH – Kes positif baharu COVID-19 pada kelmarin (Jumaat) kembali kepada julat tiga angka iaitu sebanyak 309 kes, kenaikan mendadak 76 kes daripada 233 kes yang dilaporkan pada Khamis.
ENAM (6) kes kematian juga direkodkan kelmarin iaitu dua (2) kes di daerah Tawau, satu (1) kes Semporna, satu (1) kes Sandakan, satu (1) kes Kuala Penyu dan satu (1) lagi kes di Beaufort.
Datuk Seri Masidi Manjun menggesa orang ramai digesa untuk kekal berada di rumah dan bagi mereka yang bekerja untuk hadkan pergerakan..
Kebergantungan penurunan kes atau jangkitan baharu adalah sangat dipengaruhi oleh sejauh mana komuniti mematuhi SOP Kendiri dan SOP yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri.
Satu kluster baru, ‘Kluster Kopi Blues’, juga dilaporkan dalam komuniti di Mukim Sri Tanjung daerah Tawau.

“Kes indeks merupakan suri rumah, 46, dari Kg Lorong Saddani, Batu 2 yang disahkan positif melalui saringan bergejala pada 9 Jun bersama anaknya…
“Daripada 20 sampel yang telah diambil menerusi saringan kontak rapat dan kontak sosial, 10 sampel dikesan positif COVID-19, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 12 kes.
“Siasatan awal mendapati semua kontak telah menghadiri perjumpaan di Kg Kopi Blues Batu 2, iaitu rumah keluarga mereka sempena majlis pengebumian dan tahlil pada 29 Mei,” kata beliau.