KOTA KINABALU, SABAH – Sabah menunjukkan penurunan 449 kes berbanding jumlah kes COVID-19 yang dicatat semalam.
Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, jumlah keseluruhan 1,533 KES hari ini merupakan angka terendah yang direkodkan sejak 11 Ogos lepas
“Statistik menunjukkan 18 daerah mencatat penurunan jes dan hanya sembilan (9) daerah mencatatkan peningkatan kes…
“Kota Kinabalu mencatatkan perubahan kes yang agak baik dengan catatan cuma 269 kes iaitu penurunan 224 kes dari semalam. Sandakan juga menunjukkan penurunan 122 kes.
“Daerah lain yang mencatatkan peningkatan ketara pula ialah Penampang dengan penambahan 44 kes, diikuti Kinabatangan (naik 40 kes),” katanya sambil menambah jumlah penurunan kes harian adalah seiring dengan jumlah daerah yang mencatatkan penurunan.
Sebanyak 708 kes hari ini merupakan kes daftar lewat antara dua (2) hingga melebihi lima (5) hari.
Katanya saringan kontak rapat kekal penyumbang utama keseluruhan kes di Sabah hari ini dengan 852 kes, manakala jumlah pesakit tertinggi berada dalam Kategori 2 (963 kes).
Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (17 Sept) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):
Kota Kinabalu – 269 (493)
Lahad Datu – 114 (118)
Tuaran – 108 (96)
Ranau – 100 (82)
Penampang – 87 (43)
Keningau – 86 (74)
Sandakan – 84 (206)
Kinabatangan – 82 (42)
Kota Belud – 79 (87)
Pitas – 68 (57)
Papar – 67 (89)
Tawau – 67 (81)
Kota Marudu – 51 (78)
Putatan – 51 (89)
Tenom – 34 (38)
Kudat – 28 (30)
Nabawan – 26 (38)
Beluran – 20 (55)
Telupid – 20 (59)
Tongod – 20 (35)
Semporna – 16 (13)
Beaufort – 15 (19)
Kunak – 11 (22)
Sipitang – 11 (2)
Tambunan – 7 (16)
Kuala Penyu – 7 (3)
Kalabakan – 5 (17)