Sabah Catat Peningkatan Kecil Kes Harian COVID-19 Hari Ini

Sabah Catat Peningkatan Kecil Kes Harian COVID-19 Hari Ini

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Peningkatan marginal 22 kes berbanding semalam dicatat dengan jumlah jangkitan baharu sebanyak 1,176 KES hari ini.

Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata tidak banyak perubahan dilihat dengan hanya 12 daerah mencatatkan peningkatan kes hari ini.

“Perubahan jumlah kes harian berbanding sebelumnya adalah pada pada julat yang kecil kecuali di Kota Kinabalu (+91) dan Penampang (+74) yang mencatatkan peningkatan yang agak tinggi dan di Beaufort (-58) dan Sandakan (-47), yang menunjukkan penurunan yang agak signifikan…

“Kita boleh simpulkan bahawa peningkatan dan penurunan kes harian dibeberapa daerah seperti Kota Kinabalu, Penampang dan Tuaran banyak mempengaruhi jumlah kes harian yang dilaporkan setiap hari,” katanya dalam rumusan harian.

Sebanyak 64 peratus (64%) daripada semua kes hari ini merupakan kes jangkitan sporadik dan adalah penyumbang utama kes-kes baharu di 24 daripada 27 daerah di Sabah.

Satu kluster institusi pendidikan diisytiharkan tamat hari ini iaitu Kluster Jalan Terusan, yang melibatkan lokaliti di SMK Terusan, Lahad Datu.

Baki kluster yang masih aktif diseluruh Sabah ialah 29 kluster.

Terdapat sembilan (9) kes dalam Kategori 3, sepuluh (10) kes dalam Kategori 4 dan tiga (3) kes dalam Kategori 5 hari ini.

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (11 Mac 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Kota Kinabalu – 356 (265)
Penampang – 139 (65)
Papar – 105 (109)
Tuaran – 81 (91)
Tawau – 49 (39)
Tambunan – 35 (20)
Sipitang – 35 (33)
Lahad Datu – 34 (29)
Tenom – 34 (25)
Putatan – 34 (40)
Kota Belud – 32 (27)
Ranau – 31 (18)
Sandakan – 29 (76)
Beaufort – 28 (86)
Keningau – 26 (57)
Kota Marudu – 22 (36)
Kuala Penyu – 21 (35)
Pitas – 19 (16)
Telupid – 16 (11)
Beluran – 15 (18)
Kudat – 14 (20)
Kinabatangan – 8 (14)
Nabawan – 5 (9)
Kalabakan – 3 (3)
Kunak – 2 (7)
Tongod – 2 (5)
Semporna – 1 (0)