KOTA KINABALU, SABAH – Jumlah kes baharu COVID-19 bagi Negeri Sabah menurun 53 kes berbanding kelmarin dengan keseluruhan 374 KES.
Kota Kinabalu kekal sebagai daerah yang mencatatkan kes tertinggi dengan 61 kes dan diikuti Tuaran dengan 60 kes.
Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, tidak banyak perubahan di daerah lain kecuali Penampang yang mencatatkan penurunan 46 kes dan Kota Kinabalu turun 17 kes berbanding jumlah kelmarin.
“Daripada 374 kes di Sabah hari ini, 97 peratus (97%) adalah dalam Kategori 1 dan 2 yang hanya memerlukan rawatan dan pemantauan di rumah atau di pusat kuarantin sahaja…
“Sebanyak empat (4) pesakit dalam Kategori 3, seorang dalam Kategori 4 dan tiada pesakit dalam Kategori 5.
“Enam (6) pesakit lain masih dalam penilaian lanjut Jabatan Kesihatan Negeri Sabah,” katanya.
Mengulas pengumuman oleh Menteri Kesihatan pagi tadi, mengenai varian terbaharu Omicron yang telah dikesan dalam negara, Masidi berkata belum banyak yang diketahui mengenai varian itu kecuali ia mampu merebak dalam kadar yang lebih cepat.
“Semua rakyat digesa mengambil perhatian perkembangan terbaru ini secara serius dan mengambil langkah-langkah melindungi diri daripada terdedah kepada jangkitan…
“Patuhi semua prosedur operasi standard (SOP) dan nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia dan pastikan perolehi vaksin yang lengkap,” tegasnya.
Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (03 Dis) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):
Kota Kinabalu – 61 (78)
Tuaran – 60 (47)
Papar – 27 (29)
Kota Belud – 24 (18)
Ranau – 23 (22)
Kota Marudu – 23 (15)
Sandakan – 19 (7)
Tenom – 19 (11)
Beaufort – 19 (27)
Putatan – 16 (16)
Keningau – 13 (17)
Kuala Penyu – 12 (17)
Penampang – 12 (58)
Tawau – 12 (7)
Kudat – 7 (14)
Lahad Datu – 6 (6)
Pitas – 5 (9)
Kinabatangan – 4 (4)
Tambunan – 3 (9)
Beluran – 3 (5)
Tongod – 3 (0)
Semporna – 1 (3)
Sipitang – 1 (7)
Kalabakan – 1 (0)
Telupid – 0 (1)
Kunak – 0 (0)
Nabawan – 0 (0)





