KOTA KINABALU, SABAH – Kes harian COVID-19 Sabah meneruskan trend penurunan dengan kumulatif 364 KES hari ini.
Ianya merupakan pengurangan 41 kes berbanding angka kelmarin kata jurucakap perkembangan hal COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun.
Namun katanya, peratusan kes baharu yang diperolehi melalui saringan bergejala kekal tinggi pada tahap 38 peratus (38.2%) daripada jumlah keseluruhan.
“Kes dalam kategori ini sering dikait dengan kegagalan atau kealpaan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) khususnya semasa berkumpul atau berada di khalayak ramai…
“Ini terbukti melalui hasil siasatan daripada punca kluster baharu yang muncul sekali sekala.
“Adalah diharapkan agar seluruh masyarakat mengambil berat keperluan mematuhi semua SOP tatkala Sabah melangkah ke Fasa 4 PPN,” tegas beliau.
Dalam pada itu, daerah Semporna dan Kunak mencatatkan sifar (0) kes.
Sebanyak 98 peratus (98%) daripada pesakit baharu hari ini berada dalam Kategori 1 dan 2 yang dianggap tidak mengancam nyawa.
Masidi berkata dua (2) orang pesakit sahaja masing-masing dalam Kategori 3 dan 4 manakala hanya seorang dalam Kategori 5.
“Tiga (3) kes lagi masih dalam siasatan lanjut Jabatan Kesihatan. Sebanyak 96 peratus (92.2%) daripada jumlah pesakit hari ini adalah warganegara Malaysia,” jelasnya.
Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (08 Nov) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):
Kota Kinabalu – 78 (52)
Tuaran – 42 (36)
Kota Belud – 33 (22)
Tawau – 30 (5)
Tenom – 26 (19)
Penampang – 18 (34)
Ranau – 18 (37)
Kota Marudu – 17 (29)
Tambunan – 15 (18)
Keningau – 14 (19)
Beaufort – 14 (17)
Putatan – 13 (2)
Papar – 11 (19)
Sandakan – 9 (16)
Tongod – 7 (0)
Nabawan – 4 (1)
Lahad Datu – 3 (12)
Kudat – 3 (9)
Kuala Penyu – 2 (3)
Telupid – 2 (16)
Beluran – 1 (14)
Kinabatangan – 1 (2)
Sipitang – 1 (9)
Pitas – 1 (10)
Kalabakan – 1 ( 0)
Semporna – 0 (4)
Kunak – 0 (0)





