
SAMARKAND – Keluarga dan pelancong dari Uzbekistan yang mencari percutian musim sejuk unik perlu ke Sabah kata Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah (STB) Datuk Joniston Bangkuai.
Beliau berkata trend dalam kalangan rakyat Uzbekistan yang lazimnya cenderung ke destinasi seperti Bali, Emiriah Arab Bersatu, Mesir, Vietnam dan Thailand untuk mengelakkan musim sejuk yang teruk antara November dan Januari.
“Namun, mereka mendambakan destinasi yang baharu untuk diterokai. Apabila datang ke Malaysia, Langkawi adalah destinasi yang paling mereka kenali,” katanya.
Joniston menerima maklum balas ini semasa sesi mesyuarat dengan pengarah Tourism Malaysia Wilayah Kazakhstan,Uzbekistan dan Tajikistan, Nor Shazly Azmi, bersama pelbagai ejen pelancongan dan wakil syarikat penerbangan Uzbekistan.
Agensi yang mengambil bahagian termasuk Air Samarkand, Aeronautica Commercial, Air Marakanda, Asia Luxe Agency dan Ammy Travel.
Berikutan pelancong Uzbekistan cenderung memilih destinasi pantai dan pulau tropika, Joniston berkata landskap Sabah yang menawan, perairan bersih, hutan hujan yang subur dan warisan hidupan liar yang kaya menjadikannya pilihan yang cukup memikat.
“Sabah adalah sebuah alam dengan kemungkinan yang tidak berkesudahan, terutamanya bagi mereka yang mencari pengembaraan musim sejuk yang luar biasa.
“Lembaga Pelancongan Sabah amat mengalu-alukan pelancong Uzbekistan untuk menerokai permata tersembunyi Asia Tenggara ini,” katanya.
Air Samarkand dalam pada itu turut menyatakan minat untuk meneroka penerbangan terus dari Samarkand ke Kota Kinabalu.
Sebagai maklum balas, Joniston mencadangkan memulakan lawatan suai kenal untuk ejen dan melibatkan pengaruh media sosial untuk menarik minat di Sabah dalam kalangan warga Uzbekistan.
Beliau juga menegaskan bahawa STB sedang giat berusaha mempromosikan negeri ini melalui agensi pelancongan dan platform dalam talian, berkongsi maklumat mengenai tarikan terbaik, penginapan dan pengalaman yang ada, antara lain.
Joniston, yang merupakan Penolong Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, mengetuai delegasi ahli lembaga pengarah dan kakitangan pengurusan STB ke Perhimpunan Agung UNWTO ke-25 yang diadakan di Samarkand City.
Sepanjang acara itu, Joniston turut bertemu dengan Biro Pelancongan Jepun, Traveloka, Persekutuan Persatuan Pemandu Pelancongan Dunia, dan Persekutuan Antarabangsa Perkhemahan, Karavan dan Autocaravan.





