Sabah Kembali Catat Peningkatan Kes Harian COVID-19 Hari Ini

Sabah Kembali Catat Peningkatan Kes Harian COVID-19 Hari Ini

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Kes harian di Sabah kembali meningkat dengan 416 KES baharu hari ini iaitu pertambahan sebanyak 77 kes berbanding semalam.

Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, pertambahan kes baharu berpunca daripada jumlah jangkitan yang lebih tinggi di daerah seperti Kota Kinabalu, Penampang dan Papar.

“Kota Kinabalu kembali mencatatkan kes tiga angka dengan 137 kes baharu (+72), Penampang 43 kes (+23) dan Papar 49 kes (+22)…

“Kes harian di Tuaran susut sedikit kepada 32 kes (-5),” jelasnya dalam rumusan harian kes.

Katanya sebanyak tujuh daerah mencatatkan kes dua angka dan 17 lagi mencatatkan kes satu angka. Sementara itu Semporna dan Nabawan tidak mencatatkan sebarang kes baharu.

Dua kluster iaitu Kluster Jubi Tambulion di Kota Belud dan Kluster Kampung Lampada di Kota Marudu diisytiharkan tamat hari ini menjadikan jumlah kluster yang masih aktif di Sabah sebanyak 12 kluster.

Empat (4) kes hari ini berada dalam Kategori 3, satu (1) lagi dalam Kategori 4 dan tiga (3) dalam Kategori 5.

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (21 Mac 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Kota Kinabalu – 137 (65)
Papar – 49 (27)
Penampang – 43 (20)
Tuaran – 32 (37)
Beaufort – 19 (12)
Kota Marudu – 15 (15)
Kuala Penyu – 12 (9)
Sandakan – 10 (15)
Tambunan – 9 (13)
Beluran – 9 (1)
Keningau – 9 (20)
Pitas – 9 (1)
Putatan – 9 (8)
Kudat – 9 (5)
Lahad Datu – 6 (12)
Sipitang – 6 (11)
Kunak – 5 (0)
Tenom – 5 (12)
Kota Belud – 5 (11)
Telupid – 4 (3)
Ranau – 4 (16)
Tawau – 4 (20)
Kinabatangan – 3 (3)
Kalabakan – 2 (2)
Tongod – 1 (1)
Semporna – 0 (0)
Nabawan – 0 (0)