Sabah Laksanakan Awal Larangan Rentas Daerah Bermula Isnin Depan (24 Mei)

Sabah Laksanakan Awal Larangan Rentas Daerah Bermula Isnin Depan (24 Mei)

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Kerajaan negeri Sabah memutuskan larangan rentas daerah di Sabah akan dilaksanakan Isnin depan (24 Mei) serta berkuat kuasa hingga 7 Jun depan.

Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Sabah, Datuk Masidi Manjun di sini, malam tadi.

Beliau yang juga Jurucakap Kerajaan Negeri Berkaitan COVID-19 berkata, Kerajaan Negeri Sabah membuat keputusan untuk segera mengawal larangan rentas daerah berikutan kes baharu COVID-19 di negeri itu yang merekodkan tiga angka sejak tiga hari lepas dengan sejumlah 160 kes dicatat pada Rabu, 245 kes pada Khamis dan 144 kes kelmarin (Jumaat).

Datuk Masidi Manjun…

Sebelum ini, kerajaan negeri memutuskan untuk melaksanakan larangan itu bermula Khamis depan (27 Mei) dan hanya berkuat kuasa hingga 3 Jun.

Sepanjang larangan rentas daerah itu, Kota Kinabalu, Putatan serta Penampang akan dikategorikan sebagai satu daerah dan pergerakan penduduk antara ketiga-tiga daerah adalah dibenarkan manakala penduduk lain kekal dalam daerah masing-masing.

“Pelaksanaan larangan rentas daerah itu bertujuan untuk mengawal pergerakan dan jangkitan antara daerah dalam kategori merah dan jingga ke daerah kategori hijau dan kuning,” jelas beliau.

Infografik perkembangan terkini COVID-19 di Sabah setakat 21 Mei 2021…(Sumber Foto: Command Centre Sabah)

Setakat ini, terdapat masing-masing sembilan daerah dalam zon merah dan zon kuning, tujuh dalam zon hijau serta dua dalam zon jingga.

Daerah Sandakan bertukar status daripada zon jingga kepada merah manakala Kinabatangan daripada zon merah kepada jingga, Sipitang daripada kuning kepada hijau dan Kudat daripada hijau kepada kuning.