SAGA X: Nabawan Rai Emas Sepak Takraw, KK Tujuh Emas Memanah

SAGA X: Nabawan Rai Emas Sepak Takraw, KK Tujuh Emas Memanah

0
SHARE
Saga x
Pasukan Nabawan bergambar kenangan selepas memenangi pingat emas kategori regu lelaki ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

TUARAN, SABAH – Pasukan regu lelaki Nabawan menjuarai Pertandingan Sepak Takraw Sukan Sabah (SAGA) X yang berlangsung di Dewan Sri Sulaman, pada Khamis.

Melalui perlawanan akhir tersebut, mereka menewaskan pasukan Papar dengan set 21-18,22-24 dan 21-15.

Sementara itu, di Kompleks Sukan Ranau hari ini berlangsung perlawanan akhir kategori sama menyaksikan pasukan beregu wanita Beluran berjaya mengalahkan pasukan Nabawan dengan set 21-14 dan 21-18.

Sementara itu, pasukan Kota Kinabalu menepati ramalan apabila merangkul tujuh daripada sembilan pingat emas sukan memanah yang dipertandingkan.

Pemanah pilihan Evan Rich Chong Qi Wei menepati ramalan apabila berjaya memenangi tiga pingat emas melalui acara yang disertai.
Manakala, pemanah Tawau,Sharon Chung Yi Wen, 16, sangat gembira apabila dapat menebus kekecewaannya pada edisi lepas apabila berjaya memenangi empat pingat.

Pada hari terakhir acara memanah pasukan Kota Kinabalu kekal menunjukkan prestasi yang amat memberangsangkan. — JABATAN PENERANGAN SABAH