Salleh Sambut Baik Pendirian Kebenaran ‘Dine-In’ Hajiji

Salleh Sambut Baik Pendirian Kebenaran ‘Dine-In’ Hajiji

0
SHARE
Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak...

KOTA KINABALU, SABAH – Pengerusi Kelab Penyokong Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Panglima Dr. Salleh Said Keruak menyambut baik pengumuman Ketua Menteri untuk kekal membenarkan aktiviti ‘dine-in’ di negeri ini.

Ketetapan tersebut baginya sekaligus menjelaskan keraguan orang awam terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP) di Sabah.

“Saya menyambut baik pengumuman Ketua Menteri Sabah untuk terus membenarkan ‘dine-in’ di Sabah dengan peralihan kita ke Fasa 2 PPN bermula hari ini…

“Harap ini menjelaskan sebarang keraguan orang awam dengan SOP Sabah,” katanya dalam hantaran terbaharu di Facebooknya, hari ini.

Sumber foto dipetik daripada tangkap layar Facebook rasmi milik Salleh Said Keruak…

Terdahulu, Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Jabatan Ketua Menteri (JKM) Sabah, pagi tadi mengumumkan bahawa kerajaan negeri tetap dengan pendirian membenarkan aktiviti ‘dine-in’ di negeri ini yang dikuatkuasakan sejak 29 Jun lalu.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor pada 28 Jun dalam satu kenyataan media rasmi mengumumkan untuk membenarkan beberapa aktiviti sosial dan ekonomi beroperasi semula sepanjang dua minggu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0…

Sementara itu, berhubung penambahan vaksin di Sabah, Salleh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan berkata, semua pihak turut gembira dengan berita baik berkenaan dalam memastikan proses pemulihan di negeri ini berjalan lancar.

“Kita juga gembira bakal menerima penambahan vaksin untuk imunisasi Sabah…

“Semoga proses pemulihan Sabah berjalan dengan lancar,” katanya.