PHUKET, THAILAND – Demi mencari dua ekor kucingnya yang hilang sejak November lalu, seorang wanita Jepun sanggup membayar lebih 300,000 baht (RM38,172) untuk memasang papan-papan iklan di bandar Phuket.
Memetik laporan laman berita Thaiger, dia kehilangan seekor kucing jantan berusia lima tahun bernama Goma dan seekor lagi kucing betina berusia enam tahun bernama Tama.
Wanita itu juga sanggup memberi ganjaran sebanyak 30,000 baht (RM3,817) setiap seeokor kepada sesiapa yang menemukan dua ekor kucingnya…
Difahamkan, majikan wanita itu mengimport empat kucing dari Jepun ke Thailand.
Pada suatu hari, penghantar barang terlupa menutup pintu sangkar lalu menyebabkan dua kucing terlepas.
Wanita itu dikatakan mempunyai hubungan rapat dan selalu menangis sejak kehilangan dua kucing tersebut.