Satu Manifesto Khusus Untuk Sabah Dan Sarawak – Pakatan Harapan

Satu Manifesto Khusus Untuk Sabah Dan Sarawak – Pakatan Harapan

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Majlis presiden Pakatan Harapan mahu merumuskan satu manifesto yang khusus untuk Sabah dan Sarawak bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Memetik kenyatan portal online FMT, Pengerusi Tun Dr Mahathir berkata gabungan itu sedang memberi perhatian kepada 2 negeri Timur Malaysia itu dan berbincang tentangnya secara panjang lebar.

“Kita akui bahawa amat perlu sekali PH faham masalah dan perasaan masyarakat Sabah dan Sarawak.

“Ini akan dibincang dalam jawatankuasa khusus yang akan beri laporan dalam majlis presiden PH yg akan bersidang pada 24 Ogos.

“Saya percaya masalah Sabah dan Sarawak amat serius. Ingin dengar cadangan semua pihak untuk bentuk satu manifesto khusus untuk Sabah dan Sarawak,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Sidang akhbar itu diadakan susulan satu mesyuarat majlis presiden yang mengambil masa 3 jam.