Kuwait Mula Bertindak Tegas Terhadap Korea Utara Selepas Tindakan Presiden AS

Kuwait Mula Bertindak Tegas Terhadap Korea Utara Selepas Tindakan Presiden AS

0
SHARE

WASHINGTON – Pihak berkuasa Kuwait mula bertindak tegas terhadap Korea Utara, termasuk menghentikan penerbangan pergi dan balik dari Pyongyang, lapor agensi berita negeri KUNA yang memetik sumber rasmi Kementerian Luar Kuwait, semalam.

Sumber rasmi berkata langkah itu termasuk menghentikan visa masuk untuk pekerja Korea Utara dan menghentikan pengeluaran lesen komersial.

Langkah Kuwait itu dilaksanakan berikutan tindakan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, meningkatkan kecamannya ke atas Korea Utara semalam.

Trump berkata, Korea Utara harus resah jika bercadang mahu menyerang AS atau sekutunya selepas Pyongyang mendakwa giat membuat perancangan melancarkan peluru berpandu melalui Jepun, menyasarkan kawasan berhampiran wilayah Pasifik Guam AS.

AS meminta negara lain memutuskan hubungan diplomatik dan kewangan dengan Pyongyang dan menghentikan aliran kemasukan pekerja Korea Utara, selain mengenakan larangan ke atas import Korea Utara.