Satu Maut, Seorang Parah, Viva Bertembung Lori 10 Tan

Satu Maut, Seorang Parah, Viva Bertembung Lori 10 Tan

0
SHARE
Foto: Ihsan JBPM Sabah

TAWAU: Seorang lelaki maut manakala seorang lagi mengalami cedera parah selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan pertembungan Perodua Viva dengan lori 10 tan di Jalan Apas Balung, Tawau pagi tadi.

Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada jam 5.57 pagi. 

“Dua orang mangsa tersepit di Viva berjaya dikeluarkan pasukan bomba.

“Mangsa di Viva seorang meninggal dunia dan seorang lagi mengalami cedera parah.

“Manakala mangsa, iaitu pemandu lori 10 tan mengalami cedera ringan dan telah diberi rawatan awal oleh pasukan EMRS seterusnya diserahkan kepada ambulans KKM.,” katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

Maklumat mangsa tidak berjaya diperoleh sepenuhnya dan setelah memastikan tiada lagi bahaya lain yang wujud, operasi kemudian ditamatkan pada jam 6.53 pagi.