Sebanyak 62 Orang Sembuh Dan Hanya 3 Kes Baharu COVID-19 Hari Ini...

Sebanyak 62 Orang Sembuh Dan Hanya 3 Kes Baharu COVID-19 Hari Ini – KKM

0
SHARE
Sumber Foto: CPRC Kebangsaan, KKM...

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan kes baharu positif COVID-19 hari ini sebanyak 3 orang dan  menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 8,643 orang.

DARIPADA 3 KES BAHARU YANG DILAPORKAN HARI INI, TERDAPAT SATU (1) KES IMPORT DI JOHOR.

DUA (2) KES LAGI MELIBATKAN PENULARAN TEMPATAN DARI KALANGAN BUKAN WARGANEGARA MASING-MASING 1 DI SABAH DAN 1 LAGI DI KUALA LUMPUR.

Menurut laporan harian perkembangan COVID-19 di laman media sosial rasmi KKM, jumlah pesakit yang telah discaj sebanyak 62 orang, ini menjadikan jumlah pesakit yang telah sembuh serta discaj ialah 8,437 orang bersamaan dengan 97.62% daripada jumlah keseluruhan kes positif COVID-19.

Menurut laporan itu lagi sebanyak 2 kes positif COVID-19 masih sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan jumlah pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan sebanyak 2 pesakit.

Dilaporkan juga bahawa tiada kes kematian dilaporkan di Malaysia dan setakat ini jumlah kes kematian kekal sebanyak 121 kes iaitu bersamaan 1.40%.