Sedafiat, PBNS Bantu 40 Keluarga Mangsa Kebakaran Kampung Tanjung Aru Baru

Sedafiat, PBNS Bantu 40 Keluarga Mangsa Kebakaran Kampung Tanjung Aru Baru

0
SHARE
Nursiddiq menyampaikan bantuan kepada mangsa kebakaran Kampung Tanjung Aru Baru...

KOTA KINABALU, SABAH – Nasib 40 keluarga mangsa kebakaran Kampung Tanjung Aru Baru yang kehilangan rumah dalam kebakaran pada Selasa lalu mendapat perhatian Sedafiat Sdn Bhd dan Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah (PBNS).

Penyampaian bantuan bernilai RM4,000 dari kedua pihak berkenaan pagi tadi adalah sebagai jalinan kerjasama dalam melaksanakan program Corporate Social Responsibility (CSR).

Sumbangan disampaikan oleh Ketua Jabatan Perancangan dan Analisis Operasi (OPAD) Sedafiat Sdn Bhd, Nursiddiq Chin Abdullah disaksikan oleh Timbalan Pengurus Besar PBNS Awang Faisal Bin Awang Rahim.

Nursiddiq menyampaikan bantuan kepada mangsa kebakaran Kampung Tanjung Aru Baru…

Sementara itu, Pemimpin Pemaju Masyarakat (PPM) Tanjung Aru, Mohd Reduan Aklee berkata sumbangan ini tanda keprihatinan Sedafiat Sdn Bhd dan PBNS terhadap nasib mangsa kebakaran.

“Sedafiat Sdn Bhd dan PBNS sentiasa prihatin terhadap mangsa bencana dan saya berharap agar bantuan ini dapat meringankan sedikit beban mereka”.

Pihak Sedafiat juga berkata, Program CSR ini adalah inisiatif antara Sedafiat Sdn Bhd & PBNS yang bakal menjadi galakan kepada Syarikat yang lain turut sama menjalinkan program CSR bersama PBNS.

Turut hadir adalah wakil dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sabah.