Sedia Disiasat SPRM Sekiranya Shafie Punya Bukti Kukuh – Norazlinah

Sedia Disiasat SPRM Sekiranya Shafie Punya Bukti Kukuh – Norazlinah

0
SHARE

KUNAK, SABAH – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak Norazlinah Arif bersedia disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas tindakan meninggalkan Parti Warisan (WARISAN) baru-baru ini.

Katanya, jika Presiden WARISAN, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mempunyai bukti kukuh apabila beliau menerima imbuhan untuk menyokong kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

“Saya mengalu-alukan siasatan SPRM sekiranya Shafie ada bukti kukuh. Saya beberapa kali menafikan sebelum ini kerana saya difitnah kemudian berani bertindak untuk membuat laporan polis.

Saya keluar WARISAN dengan rela hati kerana tidak lagi setuju dengan hala tuju parti yang tidak konsisten. Jika ada bukti dan minta dilaporkan secara rasmi kepada SPRM,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan.

Norazlinah berkata, sejak mutakhir ini tindakan WARISAN yang enggan menyatakan sokongan seperti dijanjikan ketika Pilihan Raya Umum (PRU15) sehingga ke insiden Langkah Kinabalu menyifatkan perkara ini sudah tidak sihat untuk Sabah.

“Keadaan polemik politik perlu berakhir, agar semua ADUN diberikan peluang untuk menjalankan tugas serta memberikan perkhidmatan terbaik di kawasan masing-masing.

“Biar pihak berkuasa menjalankan siasatan secara terperinci. Jangan heret ADUN serta parti ke kancah perebutan kuasa,” katanya.